Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Hari Pemerintahan Sendiri Borneo Utara (Sabah)



Tahukah anda tarikh rasmi Hari Sabah atau Hari Pemerintahan Sendiri Borneo Utara (Sabah) adalah pada 31 Ogos 1963

Sebelum bergabung untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963, Borneo Utara adalah merupakan salah satu Koloni British yang telah diberikan status self-goverment atau pemerintahan sendiri oleh pihak British.

Namun ramai yang salah faham dan beranggapan ketika ini Sabah telah merdeka sepenuhnya pada tarikh tersebut tetapi hakikatnya tidak tepat. 

Selama kira-kira 2 Minggu 2 Hari Borneo Utara tidak pernah merdeka sepenuhnya lalu membentuk sebuah negara melainkan hanyalah tetap sebagai salah satu koloni British sahaja.
 


Adakah Sabah Merdeka Pada 31 Ogos 1963 ?

Soalan ini selalu menjadi isu perdebatan, adakah Sabah sebenarnya sudah merdeka lebih awal yang membawa maksud Sabah dulunya adalah sebuah negara merdeka dan berdaulat sebelum menyertai pembentukan Malaysia. 

Mengikut Laporan Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diwartakan pada 14 September 1963 menjelaskan bahawa Sabah dan Sarawak masih belum merdeka sepenuhnya ketika itu dan hanya mencapai status merdeka secara rasmi setelah menyertai penubuhan Malaysia

Selama tempoh 16 hari bermula 31 Ogos sehingga 16 September, Sabah yang masih dikenali sebagai Borneo Utara telah diletakkan dalam pemerintahan sendiri namun kekal dibawah penjajahan British.



Sepanjang tempoh ini Sabah masih belum mendapat kedaulatan, tetapi hanya diberi tanggungjawab untuk mentadbir negeri mereka sendiri namun tetap masih lagi dibawah kuasa British.

  • Menurut sejarah, Gabenor British terakhir Sabah, Sir William Goode telah meninggalkan Sabah hanyalah pada 16 September 1963 dan kemudian pilihan raya umum negeri pertama di Sabah hanya berlaku pada tahun 1967 setelah beberapa tahun pembentukan Malaysia.

Setelah merdeka, nama Sabah telah digunapakai secara rasmi bagi menggantikan nama sebelumnya iaitu Borneo Utara. 



Tarikh Sebenar Pembentukan Malaysia

Untuk makluman, pembentukan Malaysia sebenarnya dicadangkan untuk berlaku adalah pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, ianya ditangguhkan kepada 16 September 1963 kira-kira 2 minggu lewat akibat beberapa isu yang muncul.

Antara isu utama yang timbul apabila terdapat bantahan daripada Negara Indonesia dan Filipina yang memperlambatkan pengisytiharan sehingga ke 16 September pada tahun yang sama. 



Selain itu, penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) membuat tinjauan umum perkembangan di Borneo Utara dan Sarawak.

Tarikh 31 Ogos telah diputuskan oleh Majlis Undangan Borneo Utara (Sabah) pada 8 Ogos 1963 sebagai tarikh kemerdekaan Sabah yang tetap dijadikan kenyataan walaupun pembentukan Malaysia tidak dapat dibentuk mengikut jadual tarikh yang telah dirancang.

Dalam erti kata lain walaupun Sabah telah merdeka sepenuhnya melalui pembentukan Malaysia namun, Majlis Undangan Borneo Utara ketika itu telah mengambil keputusan tetap akan menggunakan tarikh asal 31 Ogos 1963 sebagai tarikh rasmi kemerdekaan Sabah.

Mengapa Sambutan Merdeka Di Sambut Pada 31 Ogos Bukannya 16 September

Mesti ramai yang tertanda tanya kenapa sambutan merdeka disambut pada 31 Ogos sedangkan Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16 September ?

Bersambung...



Komen

Terbaru Lebih lama