Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Kisah Disebalik Pokok-Pokok Besar Yang Terdapat Di Sekitar Pekan Semporna


Pada waktu dulu Semporna dikenali sebagai Tong Talun yang beerti hujung hutan. Secara geografinya Semporna merupakan sebuah pulau yang dipisahkan oleh sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Pegagau.

Perkataan Tong Talun ini sebenarnya muncul daripada nama yang diberikan oleh tokoh-tokoh terdahulu kerana Semporna pada waktu dulu adalah sebuah penempatan yang dipenuhi dengan hutan belantara.

Kemudian oleh kerana Tong Talun merupakan sebuah destinasi yang menjadi persinggahan untuk para pedagang, pokok-pokok yang ada digambarkan sebagai penyejuk apabila berehat/berteduh dibawahnya jesteru ianya pun mula dipanggil sebagai Simporna membawa maksud "tempat untuk berehat".


Pokok akan mengambil masa yang lama untuk tumbuh besar, dipercayai ada diantara pokok yang terdapat di sekitar pekan Semporna telah mencecah usia lebih dari 100 tahun dan dikekalkan dan dipelihara sehinggalah hari ini kerana ianya berkait rapat dengan peninggalan sejarah kawasan awal pembukaan Tong Talun.

Empat pokok berada dijalan Kastam / Hotel Dragon Inn, 2 pokok lagi berada berhampiran Padang Pekan Semporna iaitu simpang ke SK. Pekan Semporna dan satu pokok yang mangga yang mati diracun (ditanam oleh ulama pertama Semporna kini namanya diletak Jalan Imam Jayari disimpang - berada dirumah kediaman Tun Sakaran berada di Kampung Ayer) 

Semasa entry ini ditulis untuk kali terakhir terdapat kira-kira 7 batang pokok yang tersisa daripada penempatan di Semporna waktu dulu. Semoga bermanfaat...

  • Sumber Mohd Khairul D.Melali

Komen

Terbaru Lebih lama