Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Triangle Gua Penyu Pulau Sipadan


Selain "Turtle Tomb", terdapat sebuah bahagian gua lagi dikenali sebagai "Triangle" di "Turtle Cave" dengan berkedalaman 28m dan mendatar lebih kurang 15m.

Dinamakan sebagai Triangle kerana laluan pintu masuk ke lorong ini berbentuk seolah-olah segi tiga. Selain itu apabila masuk kedalam bahagian ruang utama gua ini, ianya juga turut kelihatan seperti ruangan berbentuk piramid segitiga.


Untuk sampai ke sini, para penyelam terlebih dahulu akan melalui kawasan "Dolphin Section" dimana kawasan tersebut mempunyai banyak rangka penyu dan terdapat juga rangka ikan lumba-lumba yang masih utuh.

Kemudian para penyelam yang meninggalkan ruang utama gua "Triangle" ini akan melalui sebuah laluan berupa lorong seakan dinding pintu gerbang yang sangat tinggi.


Selalunya, gua ini adalah yang terakhir dikunjungi oleh para penyelam sebelum sampai ke penghujung laluan iaitu ke pintu masuk ke bahagian lebih dalam dan kemudianya menuju ke pintu masuk kebahagian lebih tinggi sebelum keluar semula dari "Tutle cave".

Bagi mereka yang teringin melawati gua-gua bawah air ini, mereka dikehendaki mengambil kursus khusus iaitu "Full Cave Course" sebagai langkah keselamatan.

Pastikan diri anda sudah betul-betul bersedia sebelum melakukan aktiviti selam skuba ke dalam gua ini dan ditemani pakar menyelam yang profesional.

Komen

Terbaru Lebih lama