Ketika itu ianya dikenali sebagai Tamu Besar Semporna dan disambut setiap tahun sehinggalah tahun 1965 sebelum terhenti seketika setelah 3 tahun diadakan.
Pernah dihidupkan semula sekitar tahun 1970an dan dirasmikan oleh Tun Mustapha Bin Datu Harun, namun sekali lagi ianya terhenti pada tahun 1976 akibat faktor pergolakan politik ketika itu.
Semenjak itu Tamu Besar Semporna kembali disambut secara kecil-kecilan dan tidak rasmi oleh masyarakat setempat. Ia hanya diraikan oleh beberapa buah kampung di sekitar Daerah Semporna sahaja.
Kemudian Taman-Taman Sabah di bawah Kementerian Pelancongan Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna telah membuat keputusan untuk menjenamakan semula Tamu Besar Semporna dengan nama yang baharu.
Akhirnya Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai telah mencadangkan agar nama Tamu Besar Semporna digantikan dengan Regatta Lepa Semporna, tindakan menghidupkan semula pesta tersebut adalah untuk menyuntik dan meransang sektor pelancongan di Daerah Semporna.
Demi menyemarakkan lagi sambutan Pesta Regatta Lepa yang julung kalinya diadakan setelah penjenamaan semula.
Ia telah di rasmikan oleh Yb. Datuk Askalani Hj. Abd. Rahim Adun Lahad Datu merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah ketika itu pada tahun 1994.
Sejak itu, Regatta Lepa Semporna telah menjadi salah satu pesta terpenting dalam memperkenalkan Semporna sebagai salah satu pusat pelancongan terpenting di Malaysia.
Tahukah anda, menurut En. Norsih bin Nusuri iaitu timbalan pengerusi 2 dalam jawatankuasa induk Regatta Lepa Semporna di Pejabat Daerah Semporna pada 12 April 2013 melalui satu temu bual menyatakan bahawa sejak tahun 1950an lagi Regatta Lepa dulunya dikenali sebagai Tamu Besar Menjadi Semporna ada disambut dan Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai merupakan peneraju kepada acara ini ketika itu dan hanya dimeriahkan oleh penyertaan beberapa buah kampung sahaja.
Setelah masuk campur tangan dari pihak kerajaan, pada tahun 2003, perayaan ini secara rasmi telah direkodkan dan dimasukkan ke dalam sebahagian kalendar tahunan Pesta Air Malaysia dan kekal disambut sehinggalah ke hari ini.
Catat Ulasan