Pasang Iklan Di Sini...

Paddoman Arah


Padduman, Paduman, Paruman adalah merujuk kepada alat pelayaran seperti kompas atau panggilan orang tempatan kumpas untuk mengetahui arah angin, bulan bintang, dan arah mata angin iaitu timur, barat, utara serta selatan. 

Dalam bahasa melayu pula ianya dikenali sebagai Pedoman Arah iaitu sebuah kompas kuno yang digunakan semasa pelayaran di laut atau pengembaraan di darat sebelum istilah perkataan dan gajet kompas wujud.

Paddoman Arah adalah alat pelayaran untuk menunjukkan arah atau mata angin pada zaman dulu, merupakan salah satu alat asas tunjang dan terpenting dalam ilmu pelayaran atau pengembaraan di laut.

Ianya boleh jadi diperbuat daripada kayu, batu atau kertas dan lain-lain lagi seperti kompas kuno 16 arah yang diperbuat daripada besi berani yang hampir sama dengan kompas moden pada hari ini. 

Salasilah perkataan Paddoman, Padduman, Paduman atau Paruman ini berasal daripada perkataan Panduan (Bahasa Melayu)


Contoh lain adalah seperti orang terdahulu yang menggunakan bayang-bayang daripada kayu atau kedudukan bintang (Padduman Mamahi) sebagai panduan untuk mengetahui kedudukan arah mata angin.

Ianya berbeza dengan Ilmu Pandoga atau Ilmu Putikaan iaitu salah satu ilmu pelayaran yang ramai orang tidak tahu, dimana keduanya pula adalah lebih merujuk kepada sebuah ramalan (tekaan yang belum pasti berhubung kait dengan Ilmu Falak / Ramalan - Meneka dan Menduga dahulu kemudian barulah membuat keputusan boleh atau tidak diteruskan) 

Padduman atau Pedoman Arah sebenarnya telah lama wujud dan digunapakai oleh para pelayar sejak dulu lagi secara meluas oleh para pelayar dari Timur Tengah, China mahupun dari tanah melayu dan sekitar nusantara.

Tidak hairanlah penggunaan ilmu pelayaran di laut seperti peralatan-peralatan untuk menunjuk arah di kalangan masyarakat Sama sudah terserap dan terbiasa ketika itu.

Kepesatan Pulau Omadal dulunya sebagai transaksi persinggahan para pedagang dari Timur Tengah dan China adalah salah satu punca pelbagai pengaruh ilmu serta teknologi dari kawasan tersebut telah merebak secara meluas kepada para pelaut dan pelayar - masyarakat tempatan ketika itu.

Komen

Terbaru Lebih lama