Siasatan mendapati UXO berukuran 3 kaki panjang dan 1 kaki lebar dipercayai merupakan sebuah bom tinggalan perang dunia kedua sekitar tahun 1945 dan dipercayai seberat 500lbs (250kg).
Bom UXO telah berjaya dimusnahkan dengan menggunakan kaedah Blow in Place (BIP), iaitu suatu kaedah pemusnahan di lokasi penemuan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang tertinggi.
Tiada sebarang kerosakan hartabenda dan alam sekitar marin dilaporkan.
Hasil Post Blast Investigation (PBI), Penyelam Ranjau TLDM mengesahkan UXO berkenaan adalah jenis Aerial Bomb iaitu sejenis bom yang dilepaskan oleh pesawat udara.
Catat Ulasan