Penemuan ini berlaku semasa petugas Tamna-Taman Sabah (TTS) menjalankan kerja pembersiahan pantai dan menemui objek mencurikan di atas pasir.
Bom udara UXO dianggarkan sepanjang tiga kaki, selebar satu kaki, dan seberat 250 kilogram. Ia dipercayai digunakan sekitar tahun 1945 semasa perang dunia kedua.
Berikut daripada penemuan tersebut, Pulau Sibuan telah di tutup sementara bermula jam 12.30 tengah hari pada hari yang sama demi faktor keselamatan. Laporan polis telah dibuat dan pihak berkuasa mengarahkan penutupan kawasan tersebut bagi membolehkan siasatan dan tindakan susulan diambil.
Hasil Post Blast Investigation (PBI), Penyelam Ranjau TLDM mengesahkan UXO berkenaan adalah jenis Aerial Bomb iaitu sejenis bom yang dilepaskan oleh pesawat udara.
Pada 11 Januari 2025, Tentara Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya memusnahkan bom tersebut sekitar jam 3.10 petang.
Operasi pemusnahan menggunakan kaedah ‘Blow In Pace’ (BIP) memastikan bom dimusnahkan di lokasi penemuan dengan langkah keselamatan tertinggi.
Tiada kerosakan pada harta benda atau ekosistem marin dilaporkan sepanjang operasi tersebut berlaku.
Penemuan dan pemusnahan bom ini menekankan kepentingan langkah berjaga-jaga dan tindakan pantas pihak berkuasa dalam memastikan keselamatan awam, terutamanya di kawasan yang sering dikunjungi pelancong seperti Pulau Sibuan.
Catat Ulasan