Pasang Iklan Di Sini...

Penemuan Objek Disyaki Bom Peninggalan Perang Dunia Ke-2 Di Perairan Semporna


Satu objek yang menyerupai seakan bom disyaki tinggalan Perang Dunia Ke-2 telah ditemui di perairan Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran, di sini, hari ini.

Berikutan dari itu, pihak Taman-Taman Sabah (TTS) telah mengambil langkah untuk menutup sementara kawasan tersebut daripada kunjungan orang ramai sebagai langkah keselamatan.

Objek berkenaan sebenarnya hanyalah disyaki sebagai bom dan belum disahkan sama ada ianya adalah sebuah bahan letupan atau bukan.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sabri Zainol telah mengesahkan memang ada penemuan objek yang menyerupai bom di perairan pulau tersebut.

Walaubagaimanapun ianya masih dalam peringkat disyaki sahaja dan akan menunggu  pengesahan daripada Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Para pelancong dinasihatkan untuk beralih ke lokasi snorkeling yang lain, sementara polis menjalankan siasatan dan memastikan kawasan tersebut selamat.

Komen

Terbaru Lebih lama