Semporna, terletak di pantai timur Sabah, Malaysia, terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya.
Lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Kedai Si Abun, sangat terkenal dengan roti bakar tradisional yang dipanggang di atas api, menggunakan resepi turun-temurun.
Selain keindahan pulau-pulau, Semporna di Sabah menawarkan pelbagai tarikan menarik di daratan yang sesuai untuk pelancong yang ingin menikmati pengalaman budaya, sejarah, dan alam semula jadi yang unik.
Berikut adalah beberapa destinasi menarik yang wajib dikunjungi
Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak
Bukit Tengkorak juga dikenali sebagai Skull Hill, merupakan salah satu tapak arkeologi terpenting di dunia. Ia terkenal kerana penemuan tulang manusia dan artifak yang mencerminkan sejarah kehidupan manusia purba.
Ianya telah dikenal pasti sebagai tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara pada zaman Neolitik sekitar 3000 tahun yang lalu
Bukit Tengkorak juga menawarkan pemandangan alam semula jadi yang menarik. Dari atas bukit, pengunjung boleh menikmati pemandangan Laut Sulu yang menakjubkan dan kawasan sekitar Semporna yang kaya dengan keindahan alam.
Di kaki bukit, terdapat sebuah muzium yang mempamerkan artifak dan maklumat mengenai sejarah arkeologi Bukit Tengkorak. Pengunjung boleh mempelajari lebih lanjut tentang sejarah dan kepentingan tapak ini melalui pameran yang disediakan.
✅ Baca Selanjutnya 👇🏼
Muzium Tun Sakaran
Dragon Inn Floating Resort
Kedai Kopi Cham Chuan Kee
Jika anda berkunjung ke Semporna, Kedai Kopi Cham Chuan Kee adalah destinasi yang wajib dikunjungi untuk merasai hidangan tradisional dalam suasana yang penuh sejarah.
Kedai ini terletak di Lot 1, Block 4, Jalan Lean Chap It, Peti Surat 15, Semporna, Sabah dan waktu operasi adalah dari jam 7:30 pagi hingga 4:30 petang.
Mempunyai keistimewaan tersendiri kerana rekaan dan struktur bangunan lama masih dikekalkan sehingga sekarang, reka bentuk dalaman yang kekal sejak zaman British menampilkan gambar-gambar lama Semporna membuatkan kedai ini menjadi tarikan ramai pengunjung.
✅ Baca Selanjutnya 👇🏼
Catat Ulasan