MAAF WEBLOG INI SEDANG DIKEMASKINI,

BEBERAPA LAMAN ENTRY KAMI TIDAK AKAN DAPAT DIAKSES BUAT SEMENTARA WAKTU...

Menara Kubu Bersejarah Di Semporna


Menara Kubu di Semporna, Sabah, adalah sebuah struktur bersejarah yang dibina semasa era penjajahan British sebagai kubu pertahanan.

Ia terletak di kawasan strategik berhampiran laut (sebelum ditambak), membolehkan pengawasan terhadap aktiviti maritim di sekitar Semporna.

Menara ini mempunyai reka bentuk yang kukuh dengan dinding tebal dan tingkap sempit, sesuai untuk tujuan pertahanan.
     

Selain berfungsi sebagai kubu, ia juga digunakan sebagai pusat pentadbiran dan komunikasi semasa zaman tersebut.

Mempunyai ketinggian kira-kira 30 kaki, kubu ini telah dibina oleh pihak British berfungsi sebagai pos pertahanan dalam serbuan akan datang oleh penceroboh bersenjata.

Ini adalah kerana sebelumnya pekan Semporna telah diserang dengan tragis dan kejam oleh kira-kira 30 orang lanun yang bersenjata lengkap dan telah membuat huru hara. 


Akibatnya seorang pegawai hutan British, seorang pekedai berbangsa cina (tukang jahit), seorang pemuda bajau simunul, seorang sgt & pc polis dan 2 konstabel telah terbunuh semasa kemuncak pencerobohan itu berlaku pada tahun 1954. 

Serangan ini juga telah memberi impak yang besar kepada penduduk tempatan selain ramai yang cedera parah ia juga meninggalkan kesan trauma yang amat besar ketika itu.

Walaupun kurang dikenali berbanding tarikan lain seperti Bukit Tengkorak, menara ini tetap menjadi sebahagian penting dalam sejarah tempatan. Ia mengingatkan kita tentang peranan penting Semporna dalam aspek pertahanan dan keselamatan wilayah pada masa lalu.

Kini ianya telah dijadikan sebagai sebuah tugu peringatan/mercu tanda bagi mengingati peristiwa berdarah 1954 itu dan menjadi salah satu tarikan pelancongan yang menarik di Semporna.


✅ Baca Selanjutnya 👇🏼

Post a Comment

Terbaru Lebih lama