Tiparah bukan sekadar alat bantu menyelam, tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara komuniti ini dengan laut, yang telah menjadi sumber kehidupan mereka selama berabad-abad.
Berikut adalah sedikit penjelasan tentang tiparah dari segi reka bentuk, bahan, fungsi dan signifikan budayanya...
Reka Bentuk Tiparah
Tiparah direka dengan sangat praktikal dan ringkas, namun berfungsi baik untuk digunakan sewaktu menyelam di perairan cetek dan dalam. Ciri-ciri utama reka bentuknya adalah...
- Lensa 👉🏼 Terbuat daripada kaca, biasanya diambil daripada botol kaca terbuang yang dipotong dan dikilatkan untuk menjadi jernih dan rata. Ada juga yang menggunakan cermin tebal.
- Bingkai 👉🏼 Diperbuat daripada kayu ringan seperti kayu terapung atau kayu yang tahan air. Kayu ini diukir tangan mengikut bentuk muka si pemakai.
- Pelekat Kedap Air 👉🏼 Untuk memastikan lensa kaca tidak bocor, lilin, damar atau getah pokok digunakan untuk menyekat ruang antara kaca dan bingkai kayu.
- Tali Pengikat 👉🏼 Tiparah diikat ke kepala menggunakan tali daripada serat tumbuhan, kulit kayu atau tali moden jika ada.
Kegunaan & Fungsi
![]() |
Gambar Tiparah Di Muzium Tun Sakaran Semporna |
Tiparah digunakan terutamanya untuk menyelam mencari hasil laut seperti timun laut (trepang), kerang, siput, ikan, atau mutiara.
Selain itu ia juga digunakan sewaktu menangkap ikan dengan tombak, penyelam seperti suku kaum Bajau Laut sangat terkenal dengan kecekapan mereka menyelam tanpa alat pernafasan moden.
Tiparah membolehkan pandangan yang jelas di bawah permukaan laut, penting untuk keselamatan dan keberkesanan semasa menangkap ikan.
Ianya berfungsi untuk melindungi mata daripada sisa kotoran atau sisa pepejal yang boleh mencederakan mata memandangkan terdapat perbezaan isi laut pada waktu dulu dan sekarang.
Simbol Budaya
Tiparah bukan sekadar alat menyelam , ia juga mempunyai makna budaya yang mendalam terhadap beberapa aspek seperti…
- Kemahiran Warisan 👉🏼 Pembuatan Tiparah diajar turun-temurun dari ayah kepada anak, mencerminkan kesinambungan pengetahuan maritim Bajau di laut.
- Hubungan dengan laut 👉🏼 Bagi masyarakat ini, laut bukan hanya tempat mencari rezeki, tetapi juga rumah dan tempat kehidupan rohani.
- Identiti etnik 👉🏼 Tiparah membezakan komuniti Bajau Pantai Timur Sabah daripada kumpulan etnik lain di Sabah – ia adalah simbol identiti mereka sebagai penguasa dan para handalan yang arif di lautan.
Kepentingan Dalam Konteks Moden
Hari ini, penggunaan tiparah semakin berkurangan kerana adanya alat menyelam moden seperti goggle dan snorkel, tetapi ianya masih digunakan oleh sesetengah nelayan/penyelam di kawasan pedalaman Semporna.
Tiparah kini menarik perhatian pelancong dan pengkaji budaya sebagai satu khazanah warisan, terdapat inisiatif dari NGO dan penyelidik untuk mendokumentasikan cara pembuatan dan penggunaannya sebagai usaha pemeliharaan agar tidak hilang ditelan zaman.
Boleh untuk singgah di perkampungan persisiran pantai di Semporna untuk melihat sendiri tiparah yang digunakan pemakainya untuk berburu di dasar laut atau datang ke Muzium Tun Sakaran Semporna.
Catat Ulasan